Smart College sedia bekerjasama dengan Rasuah Busters

Mohd Nasir (tiga dari kiri) dan Alexander bersama MoU yang telah ditandatangani bersama pada Majlis Pelancaran Kelab Penguatkuasaan dan Pematuhan di Kuala Lumpur pada Selasa. Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID
Mohd Nasir (tiga dari kiri) dan Alexander bersama MoU yang telah ditandatangani bersama pada Majlis Pelancaran Kelab Penguatkuasaan dan Pematuhan di Kuala Lumpur pada Selasa. Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KUALA LUMPUR - Smart College sedia bekerjasama dengan Rasuah Busters untuk menggerakkan kempen kesedaran bagi menolak budaya rasuah dalam kalangan golongan remaja dan pelajar sekolah.

Ketua Pegawai Eksekutif Smart College, Alexander David Pon berkata, Smart College melahirkan pelajar dalam diploma penguatkuasaan dan penyiasatan dan sudah pasti ianya merupakan cabaran kepada pengurusannya dalam membina nilai integriti dalam kalangan pelajar.

Menurutnya, tujuan utama pihaknya menggerakkan kerjasama bersama Pertubuhan Anti-Korupsi Malaysia (Pakar) yang merupakan rakan kepada Rasuah Busters adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar tentang budaya dan elemen rasuah.

“Kita beri pendedahan dahulu kepada pelajar kolej ini dan selepas itu mereka pula akan beri pendedahan kepada-rakan mereka, remaja dan juga pelajar sekolah bagaimana untuk membentuk nilai murni dan jati diri serta menjauhi budaya yang boleh merosakkan negara ini,” katanya.

Alexander (duduk, tiga dari kiri), Mohd Nasir (duduk, tengah) dan Nurhayati (duduk, tiga dari kanan) bergambar bersama pelajar. Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID
Alexander (duduk, tiga dari kiri), Mohd Nasir (duduk, tengah) dan Nurhayati (duduk, tiga dari kanan) bergambar bersama pelajar. Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kelab Penguatkuasaan dan Pematuhan serta Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Smart College dan Pakar pada Selasa.

Turut hadir Presiden Pakar, Mohd Nasir Ab Hadi dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Nurhayati Nordin.

Smart College merupakan institusi pendidikan yang ditubuhkan pada tahun 2012 dan mempunyai program yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang merupakan institusi pertama di Malaysia yang merekabentuk program diploma dalam bidang penguatkuasaan dan penyiasatan selepas penubuhannya.

Artikel Berkaitan:

Menurut Alexander, pihaknya memang ingin berkolaborasoi dengan Rasuah Busters untuk menerusi program antirasuah yang mesejnya sampai kepada masyarakat khususnya remaja.

“Buat permulaan kita akan adakan forum dan podcast untuk merealiasikan kerjasama ini di mana ianya dapat memberi tambah nilai kepada pelajar kita,” katanya.

“Ini kerana Smart College juga menjalankan program bersama sekolah-sekolah, jadi setiap penuntut di sini perlu menjadi ejen perubahan dan saya harap juga pelajar Smart College akan datang boleh menyertai program anjuran Rasuah Busters yang saya sifatkan amat luar biasa,” katanya.

Alexander menyampai cenderati kepada Mohd Nasir. Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID
Alexander menyampai cenderati kepada Mohd Nasir. Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID

Difahamkan terdapat kira-kira 500 pelajar Smart College menuntut dalam pelbagai jurusan dan sebahagian besarnya kini bekerja di dalam unit penguatkuasaan seperti polis, tentera serta Kastam dan Imigresen.

“Ada juga pelajar kita yang sudah mempunyai kerjaya masing-masing kembali semula ke kolej untuk memberikan nasihat dan pendedahan kepada pelajar-pelajar baharu tentang nilai dan apa yang perlu dipraktikkan untuk mereka terus berjaya,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!