Koperasi PDRM agih dividen berjumlah RM32 juta

Razarudin menyampaikan pampasan kepada salah seorang anak anggota polis yang meninggal dunia dalam majlis berkenaan yang diadakan di Kuala Lumpur pada Selasa.
Razarudin menyampaikan pampasan kepada salah seorang anak anggota polis yang meninggal dunia dalam majlis berkenaan yang diadakan di Kuala Lumpur pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM32 juta agihan dividen diagihkan kepada 110,886 ahli Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) pada Selasa.

KPDRM menerusi kenyataan memaklumkan nilai agihan terbabit melibatkan pengagihan dividen tahunan sebanyak 5.5 peratus atas modal yuran dan 7.0 peratus atas modal syer kepada keseluruhan anggota koperasi.

"Pengumuman agihan telah dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain merangkap Yang Dipertua Koperasi PDRM Berhad pada hari ini di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

"Pengumuman terbabit juga bersempena Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) kali ke 89 yang dijalankan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, majlis sama turut menyaksikan penyampaian takaful kepada dua orang waris anggota dan pegawai yang telah meninggal dunia.

"Penyampaian diberikan kepada Allahyarham G 10193 Raduan Mohamad, yang meninggal dunia akibat penyakit pneumonia dan waris menerima pampasan berjumlah RM92,500.00 bagi enam unit takaful kelompok.

"Seorang lagi waris iaitu anak kepada Allahyarham RF 91894 Zolkarnain Abdullah menerima sejumlah RM 77,500.00 bagi lima unit takaful kelompok," katanya.

Menurutnya, dengan caruman RM11.00 satu unit serta sebulan untuk takaful kelompok yang ditawarkan memberi perlindungan kepada anggota dan waris sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini.

Artikel Berkaitan:

"Anggota boleh menambah unit takaful sehingga maksimum enam unit dan juga terbuka kepada pasangan serta anak-anak anggota.

"Penganugerahan khas kepada anggota turut disampaikan kepada anggota dengan Modal Yuran Paling Tinggi, Anggota Paling Setia (masih berkhidmat dan bersara), Ahli Jawatankuasa Kecil Daerah (AJKKD) Paling Komited dan Daerah Koperasi Paling Aktif," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!