Bekas pengurus syarikat ditahan kemuka kontrak kerja palsu RM77 juta

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya, pada Selasa untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya, pada Selasa untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang bekas pengurus syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan dokumen perjanjian kontrak kerja palsu bagi memohon kuota pekerja asing kepada Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia.

Menurut sumber, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu telah ditahan jam 6 petang Isnin, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.

"Susulan penahanan itu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin telah dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek bersama tujuh pengarah syarikat daripada empat buah syarikat terbabit telah memohon kuota pekerja asing di Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia dengan mengemukakan dokumen perjanjian kontrak kerja palsu.

“Suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2022 yang melibatkan 25 kontrak kerja palsu dengan anggaran kira-kira RM77 juta,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas, Datuk Azmi Kamaruzaman, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Beliau juga menegaskan bahawa SPRM sedang mengesan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!