Anak kandung tergamak tikam ibu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JEMPOL - Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki menikam ibu kandungnya dalam kejadian Sabtu lalu di sebuah rumah di Felda Raja Alias di sini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, suspek berusia 20 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Khas (D9) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di Kajang, Selangor pada awal pagi Selasa.

"Berdasarkan siasatan suspek sebelum itu (Sabtu) pada jam 12.50 tengah hari bersama ayah mangsa iaitu datuknya ke rumah ibunya di sini untuk menziarahi adik bongsunya.

"Bagaimanapun dipercayai berlaku pergaduhan yang ketika itu datuknya berada di luar rumah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ujarnya, datuknya hanya mendengar jeritan dan melihat ada darah di bahagian belakang badan mangsa sebelum suspek bertindak mengambil kunci kereta daripada datuknya itu dan melarikan diri dengan menaiki kereta tersebut.

"Mangsa telah menerima rawatan di Hospital Jempol dan doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan luka sedalam 2.5 sentimeter di bahagian belakang badan dan telah menerima tiga jahitan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ujarnya, mangsa ditahan wad di Hospital Jempol untuk rawatan lanjut.

"Suspek yang ditahan itu telah direman selama empat hari sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut dan kes masih dalam siasatan polis mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan/379A KK," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!