Buruh edar 300 gram methamphetamine dijel 30 tahun, 12 sebatan

Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Selasa.
Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Selasa.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 366.93 gram, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Aduka Muhamad, 40, di akhir kes pembelaan dan mengarahkan hukuman tersebut bermula daripada tarikh tangkapan pada 4 Mei 2021.

Mengikut pertuduhan, Mohd Aduka didakwa melakukan perbuatan itu di tepi jalan Lorong Teja 4, Kampung Gong Beris, Pulau Kerengga di Marang pada jam 9 malam, 4 Mei 2021.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati, tertuduh boleh dikenakan hukuman sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam, Mazlan Md Zain. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!