Amaran ribut petir, hujan lebat sehingga 9 malam ini

Amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri sehingga jam 9 malam ini. - Gambar hiasan
Amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri sehingga jam 9 malam ini. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri sehingga jam 9 malam Selasa.

MetMalaysia berkata, antara negeri yang terlibat ialah di Perak iaitu Batang Padang dan Muallim manakala Selangor pula meliputi daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat serta Sepang.

Menurut agensi itu lagi, cuaca sama diramalkan berlaku di Rompin, Pahang; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Putrajaya.

"Ribut petir, hujan lebat turut diramal di Jelebu dan Seremban di Negeri Sembilan diikuti daerah Segamat, Kluang serta Mersing di Johor.

“Selain itu, di Sabah pula membabitkan Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau) serta Tawau,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

"Orang ramai boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!