Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang serantau lain

Pada jam 6 petang, ringgit didagangkan kepada 4.7035/7070 berbanding dolar AS daripada 4.7110/7150 pada penutup Isnin. Gambar hiasan
Pada jam 6 petang, ringgit didagangkan kepada 4.7035/7070 berbanding dolar AS daripada 4.7110/7150 pada penutup Isnin. Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini kerana Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Mei yang lebih tinggi daripada jangkaan menunjukkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang stabil, dan menyokong mata wang tempatan, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, ringgit didagangkan kepada 4.7035/7070 berbanding dolar AS daripada 4.7110/7150 pada penutup Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, data IHP terkini Malaysia bagi Mei pada 2.00 peratus adalah lebih tinggi daripada anggaran konsensus. Ini mungkin membayangkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin cenderung untuk mengekalkan OPR.

"Kadar inflasi Malaysia telah meningkat daripada 1.5 peratus pada Januari 2024 kepada 2.0 peratus pada Mei. BNM mungkin berminat untuk mengekalkan OPR pada 3.00 peratus sepanjang tahun bagi mengekalkan pendirian monetari semasa dan mengawal inflasi.

"Ini berlaku ketika ekonomi maju telah memulakan kitaran pelonggaran monetari mereka. Satu siri perubahan dasar dijangka memberi kesan kepada kadar inflasi,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit ditutup kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding yen Jepun kepada 2.9513/9537 daripada 2.9508/9535 pada penutup semalam, jatuh berbanding pound Britain kepada 5.9687/9732 daripada 5.9679/9730, tetapi naik berbanding euro kepada 5.0440/0478 daripada 5.0511/0554.

Bagaimanapun ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang di negara rakan Asean.

Artikel Berkaitan:

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8294/8431 daripada 12.8383/8541 pada penutup Isnin, menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.4763/4792 daripada 3.4811/4843, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 287.1/287.5 daripada 287.3/287.7 dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.00/8.01 daripada 8.01/8.02 sebelum ini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!