Rasuah RM1.6 bilion: CEO, pengurusan syarikat konsesi lebuh raya diberkas

Antara individu yang ditahan SPRM kerana dipercayai telah meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1.6 bilion.
Antara individu yang ditahan SPRM kerana dipercayai telah meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1.6 bilion.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya kerana dipercayai telah meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1.6 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif berpangkat Datuk bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya berkenaan direman selama empat hari sehingga Jumaat manakala, lima lagi individu iaitu pemilik syarikat pula direman selama tiga hari sehingga Khamis ini.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa.

Antara suspek wanita yang ditahan SPRM pada Selasa.
Antara suspek wanita yang ditahan SPRM pada Selasa.

Menurut sumber, tiga suspek daripada syarikat konsesi lebuh raya berkenaan membabitkan dua lelaki dan seorang wanita.

"Pemilik syarikat itu pula membabitkan lima lelaki yang kesemua berusia sekitar 40 hingga 50-an ditahan dalam Ops Lintas antara jam 8 hingga 11 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

"Tiga suspek yang berkhidmat di syarikat konsesi lebuh raya ini disyaki telah meminta dan menerima rasuah daripada pemilik-pemilik syarikat berkenaan sebagai balasan bagi mendapat kontrak mengambil alih kerja-kerja pembinaan yang sebelum ini dijalankan satu syarikat lain bernilai lebih RM1 bilion," katanya.

Artikel Berkaitan:

Antara individu yang ditahan SPRM.
Antara individu yang ditahan SPRM.

Menurutnya, selain itu, mereka juga dipercayai telah meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan satu seksyen projek lebuh raya lain di Lembah Klang yang bernilai lebih kurang RM670 juta.

"Keseluruhan nilai kedua-dua projek itu adalah berjumlah RM 11 bilion," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaha mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!