[VIDEO] Ibu maut bergaduh dengan anak

A
A
A

JEMPOL - [DIKEMAS KINI] Pergaduhan antara anak yang dipercayai pesakit mental dan ibu berakhir tragedi menyayat hati apabila ibunya itu maut dalam kejadian di sebuah rumah di Bahau di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai pergaduhan keluarga pada jam 11.55 pagi membabitkan seorang wanita berusia 63 tahun dan anak lelakinya yang berusia 33 tahun.

Anggota polis yang berada di lokasi kejadian melakukan siasatan.
Anggota polis yang berada di lokasi kejadian melakukan siasatan.

"Siasatan di tempat kejadian mendapati si mati dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di atas lantai di hadapan halaman rumah.

"Suspek dalam kejadian ini adalah anak pertama mangsa dan merupakan seorang pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental

"Mereka sebelum itu dipercayai bertengkar dan berlaku pergelutan, tiada kecederaan disebabkan senjata tajam," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Chang Hook berkata, bedah siasat terhadap mangsa akan dilakukan pada Rabu di Hospital Tuanku Jaafar Seremban bagi mengetahui sebab kematiannya.

"Pihak polis telah membuat tangkapan ke atas suspek di rumah berkenaan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

"Reman ke atas suspek akan dilakukan pada Rabu di Mahkamah Majistret Bahau dan orang awam dinasihatkan supaya tidak menularkan sebarang gambar si mati," katanya.

Sementara itu, berdasarkan tinjauan di lokasi, rata-rata jiran mangsa menyifatkan warga emas itu sebagai seorang yang peramah dan sangat disenangi jiran serta rakan terdekatnya.

Katanya, ini merupakan kejadian pertama berlaku sejak tinggal di kawasan perumahan itu sejak lebih 20 tahun lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!