'Letak sempadan antara kerjaya dan kehidupan'

KEVIN
KEVIN
A
A
A

SHAH ALAM - Setiap individu perlu meletakkan sempadan antara kerjaya dan kehidupan peribadi untuk mengekalkan momentum kebahagiaan.

Jurulatih kesihatan, Kevin Zahari berkata, perkara itu penting bagi memastikan seseorang itu tidak berasa terbeban sehingga menimbulkan tekanan.

Menurutnya, masalah tersebut sukar diatasi kerana norma atau adat ketimuran dipegang masyarakat di negara ini sukar dikikis disebabkan mereka tidak suka melibatkan diri dalam konflik.

“Kita perlu meletakkan sempadan dalam setiap perkara lebih-lebih lagi jika melibatkan urusan pekerjaan supaya lebih bahagia tanpa memikirkan beban yang akhirnya memudaratkan kesihatan mental.

“Tidak mengapa kalau kita berkata ‘tidak’ untuk sesuatu perkara supaya orang lain tidak melebihi batas dihadkan. Akhirnya kita akan rasa tertekan dan tidak bahagia. Perjalanan hidup kita adalah mencari kebahagiaan,” katanya ketika program bual bicara She Leads Siri Ketiga pada Selasa.

Menurut Kevin, masyarakat pada hari ini lebih suka mencari kesempurnaan berbanding kebahagiaan tanpa menyedari mereka sebenarnya sedang mengalami tekanan perasaan apabila sering berasa tidak berpuas hati dengan kejayaan dikecapi.

“Hidup ini kita bukan mahu mengejar kesempurnaan sahaja,” kata beliau.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!