Tarian Sewang diminati si cilik

Tarian Sewang yang sinonim dengan tradisi masyarakat Orang Asli kini turut diminati dan mendapat tempat dalam kalangan kanak-kanak Melayu di sini.
Tarian Sewang yang sinonim dengan tradisi masyarakat Orang Asli kini turut diminati dan mendapat tempat dalam kalangan kanak-kanak Melayu di sini.
A
A
A

KUALA PILAH - Tarian Sewang yang sinonim dengan tradisi masyarakat Orang Asli kini turut diminati dan mendapat tempat dalam kalangan kanak-kanak Melayu di sini.

Tidak hanya setakat itu, ibu bapa mereka juga memberikan sokongan supaya anak masing-masing mempelajari tarian berkenaan menerusi kumpulan Seni Anak Johol.

Siti Norain Mohd Zuber,36 berkata, dua anaknya iaitu Damia Sofea Shaiful Azahari, 11 dan Khalisya Sofea berusia sembilan tahun, menyertai kumpulan berkenaan selepas mengetahui keunikannya.

"Biasa kita lihat orang buat persembahan kini anak sendiri. Asalnya saya galakkan anak masuk kumpulan ini sebab tidak mahu mereka leka dengan gajet, tetapi akhirnya mereka lebih seronok dengan aktiviti berbanding gajet," katanya ketika ditemui di Johol di sini pada Selasa.

Seorang lagi ibu peserta kumpulan, Siti Farhana Mahusin, 36 dari Kampung Tumang memaklumkan anaknya Qaseh Nur Fatimah Azzahra Rashidi,10, dilihat semakin berkeyakinan apabila berhadapan dengan orang ramai.

"Dia pun dapat belajar tradisi masyarakat Orang Asli, sejarahnya macam mana. Maka dari situ ada ilmu tambahan dia dapat," katanya.

Dalam pada itu, Afzainizam Zainal Alias, 38, pula difahamkan, selain tarian sewang, kumpulan berkenaan akan mempelbagaikan tarian antaranya tarian masyarakat Melayu.

Artikel Berkaitan:

Mak Teh (kiri) ketika melihat aksesori bagi tarian sewang bersama Siti Norain (kanan),Siti Farhana (dua kanan) dan Afzainizam.
Mak Teh (kiri) ketika melihat aksesori bagi tarian sewang bersama Siti Norain (kanan),Siti Farhana (dua kanan) dan Afzainizam.

Sementara itu, tenaga pengajar Fauziah Ismail atau mesra di panggil Mak Teh berkata, kumpulan berkenaan aktif sejak tujuh tahun lalu selepas dia kerap memasuki perkampungan orang asli mengikuti suaminya Muhammad Adnan Abdullah yang bekerja sebagai kakitangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) Negeri Sembilan sebelum ini.

"Kebetulan pula saya memang suka dengan aktiviti kreatif, tarian dan berkaitannya maka terciptalah kumpulan ini untuk kita pelihara tradisi ini kepada golongan muda.

"...Dan saya sangat mengalu-alukan semua golongan tidak kira kaum untuk menyertai kumpulan ini yang mana buat masa ini kita ada 12 peserta berumur tujuh hingga 12 tahun,seorang daripadanya merupakan anak masyarakat Orang Asli," katanya.