Prolintas sahkan 8 kakitangan termasuk CEO ditahan SPRM

Prolintas mengesahkan penahanan beberapa kakitangannya oleh SPRM bagi membantu siasatan membabitkan kes pembinaan.
Prolintas mengesahkan penahanan beberapa kakitangannya oleh SPRM bagi membantu siasatan membabitkan kes pembinaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) mengesahkan penahanan beberapa kakitangannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan membabitkan kes pembinaan.

Prolintas dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bersedia bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk membantu siasatan.

“Prolintas menerima maklum bahawa beberapa warga kerja kami telah ditahan reman oleh SPRM.

“Kami akan bekerjasama dan berusaha mengekalkan integriti serta tadbir urus korporat pada tahap tertinggi,” katanya pada Selasa.

Tangkap layar kenyataan Prolintas pada Selasa.
Tangkap layar kenyataan Prolintas pada Selasa.

Sebelum ini, dilaporkan SPRM telah menahan lapan individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat konsensi lebuh raya bergelar Datuk kerana disyaki terlibat rasuah bernilai lebih RM1.6 bilion.

Sumber berkata, kesemua suspek yang terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 40-an hingga 50-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada Isnin.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!