Nenek maut, cucu perempuan cedera kereta masuk longkang

Kemalangan membabitkan dua kenderaan di Bakar Arang Sungai Petani. Foto PDRM
Kemalangan membabitkan dua kenderaan di Bakar Arang Sungai Petani. Foto PDRM
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang nenek maut manakala cucu perempuannya cedera apabila kereta dinaiki terhumban dalam longkang setelah terbabit kemalangan di Bakar Arang di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu.

Menurutnya, mangsa, Lam Koi Lan, 73, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Pemandu lelaki dikatakan tidak sempat mengelak menyebabkan berlaku kemalangan. Foto PDRM
Pemandu lelaki dikatakan tidak sempat mengelak menyebabkan berlaku kemalangan. Foto PDRM

"Kejadian berlaku berdekatan simpang tiga N City di mana mangsa dikatakan keluar dari simpang secara tiba-tiba.

"Sebuah lagi kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun datang dari arah Kawasan Perindustrian Bakar Arang menghala ke Jalan Alor Setar-Butterworth tidak sempat mengelak menyebabkan kemalangan berlaku," katanya.

Beliau menjelaskan, disebabkan itu, pemandu lelaki dikatakan terlanggar sisi sebelah kanan kereta mangsa mengakibatkan hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang.

Artikel Berkaitan:

Kenderaan mangsa dipercayai keluar dari simpang secara tiba-tiba dan menyebabkan kemalangan. Foto PDRM
Kenderaan mangsa dipercayai keluar dari simpang secara tiba-tiba dan menyebabkan kemalangan. Foto PDRM

Wan Azharuddin berkata, cucu mangsa berusia 18 tahun yang duduk di tempat duduk sebelah pemandu mengalami kecederaan di badan, kepala dan tangan bagaimanapun pemandu lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!