Lelaki cuba rasuah JPJ untuk lulus ujian kereta

Seorang lelaki cuba memberi suapan bernilai RM50 kepada anggota JPJ ditahan pada Selasa.Gambar hiasan
Seorang lelaki cuba memberi suapan bernilai RM50 kepada anggota JPJ ditahan pada Selasa.Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki berusia 18 tahun apabila cuba memberi suapan bernilai RM50 kepada anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Selasa.

Difahamkan, wang berkenaan ditawarkan bagi membolehkan dia lulus dalam ujian lesen memandu kereta (Kelas D) di sebuah akademi ujian memandu di Kuala Kangsar.

Bagaimanapun, tawaran itu ditolak oleh anggota JPJ tersebut.

Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed berkata, laporan kejadian itu diterima dan lelaki terbabit ditahan pada jam 1 tengah hari.

"Lelaki itu ditahan semalam ketika hadir ke pejabat SPRM Ipoh untuk memberi keterangan.

"Dia kemudiannya dibebaskan selepas keterangannya diambil," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Menurut beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

"Kita berharap lebih ramai pihak termasuk dalam kalangan penjawat awam dapat melaporkan kepada SPRM berkaitan rasuah biarpun nilainya rendah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!