Ashley Lau atlet ke-22 negara layak ke Olimpik Paris 2024

Ashley Lau
Ashley Lau
A
A
A

ATLET golf kebangsaan Ashley Lau Jen Wen berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik buat kali pertama pada edisi 2024 di Paris, bulan depan.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam perkongsian di Facebook memaklumkan pemain berusia 24 tahun itu akan membuat penampilan sulungnya di pentas Olimpik selepas menduduki tempat ke-50 Ranking Golf Olimpik dalam kategori wanita.

Ranking tersebut diputuskan Isnin lepas dan diumumkan secara rasmi oleh Persekutuan Golf Antarabangsa semalam.

"Ashley akan menyertai Gavin Kyle Green untuk mewakili Malaysia dalam acara golf di Paris 2024, yang bakal bermula pada 1 Ogos 2024 untuk (kategori) lelaki dan 7 Ogos 2024 untuk (kategori) wanita," menurut MOM.

Ashley merupakan atlet negara ke-22 yang melayakkan diri ke temasya sukan berprestif itu bersama-sama pemenang pingat Olimpik dua kali Datuk Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal trek) dan juara dunia 2022 beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik (badminton).

Sukan Olimpik akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!