Deschamps tak gusar gagal juara kumpulan

DESCHAMPS. FOTO AFP
DESCHAMPS. FOTO AFP
A
A
A

PERANCIS melepaskan peluang untuk mengakhiri saingan kumpulan di kedudukan pertama ketika Kylian Mbappe menjaringkan gol sulungnya pada Euro 2024 dalam keputusan seri 1-1 dengan Poland pada awal pagi Rabu.

Skuad kendalian, Didier Deschamps itu gagal menjadi juara kumpulan pada kejohanan utama buat pertama kali sejak Euro 2012 dengan Austria mengungguli kumpulan D selepas menewaskan Belanda.

"Kami telah mencapai objektif pertama kami. Walaupun kami tidak berjaya untuk jadi juara kumpulan, satu pertandingan baharu akan bermula," kata Deschamps.

Austria, yang tewas dalam perlawanan pembukaan kepada Perancis, meraih kemenangan 3-2 ke atas Belanda untuk melengkapkan tempat ke 16 terakhir.

Perancis mendominasi perlawanan menentang Poland tetapi hanya mampu meledak satu gol melalui Mbappe.

Les Bleus akan menentang naib juara Kumpulan E sama ada Belgium, Ukraine, Romania dan Slovakia di pusingan 16 terakhir.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: