England diejek walaupun muncul juara kumpulan
PENGENDALI England, Gareth Southgate disambut dengan ejekan oleh peminatnya sendiri walaupun pasukan itu mengungguli Kumpulan C ketika Slovenia turut mara ke peringkat kalah mati Euro 2024 hasil seri 0-0 di Cologne.
The Three Lions sudah pun diberi jaminan tempat ke pusingan 16 terakhir tetapi menerima banyak kritikan selepas gagal memperbaiki prestasi hambar ketika mengatasi Serbia dan seri dengan Denmark.
"Saya faham mereka tidak berpuas hati dengan saya, itulah realitinya. Saya tidak akan berundur dan saya perlukan mereka di belakang pasukan.
"Saya tidak akan berundur dan berdepan orang ramai kerana datang dan memberikan sokongan," katanya.
England perlu menunggu sehingga perlawanan terakhir kumpulan pada Khamis untuk mengetahui empat pasukan terbaik di tempat ketiga yang akan mereka hadapi dalam pusingan 16 terakhir.
Tetapi, persoalan yang timbul mengenai keupayaan pasukan pilihan itu untuk menamatkan penantian selama 58 tahun menjulang kejuaraan tersebut selepas aksi hambar berdepan Slovenia itu.
"Saya fikir kami bermain jauh lebih baik daripada perlawanan lain. Kami tidak dapat menjaringkan gol. Itu sahaja tetapi kami menantikan perlawanan seterusnya," kata kapten England, Harry Kane.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!