Dua penjenayah ditembak mati di Sungai Lokan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BUTTERWORTH - Dua penjenayah ditembak mati sepasukan polis dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Permatang Baru, Sungai Lokan di sini pada awal pagi Rabu.

Sebelum kejadian, polis mendapati sebuah kereta yang dinaiki kedua-dua lelaki itu berada dalam keadaan mencurigakan.

Ketika diminta memberhentikan kenderaan, suspek terus memecut laju sebelum melepaskan tembakan ke arah polis.

Berlaku kejadian tembak menembak namun kedua-dua warga tempatan itu maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Difahamkan, satu sidang media berhubung kejadian tersebut akan diadakan pada Rabu manakala siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: