Kes denggi di Terengganu meningkat

Sebanyak 2,579 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-13 (ME13) bagi tempoh 24 hingga 30 Mac berbanding 3,041 kes pada minggu sebelumnya. Gambar hiasan Bernama. Gambar kecil: Dr Kasemani
Sebanyak 2,579 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-13 (ME13) bagi tempoh 24 hingga 30 Mac berbanding 3,041 kes pada minggu sebelumnya. Gambar hiasan Bernama. Gambar kecil: Dr Kasemani
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kes denggi dilaporkan meningkat di seluruh Terengganu iaitu sebanyak 125 kes berbanding 118 kes bagi tempoh yang sama tahun 2023 dengan peningkatan sebanyak 5.9 peratus pada Minggu Epid ke 25/2024.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Datuk Dr Kasemani Embong menjelaskan walaupun berlaku peningkatan kes namun wabak itu masih terkawal selain tiada kematian direkodkan setakat ini.

"Walaupun ada sedikit peningkatan tetapi tiada wabak yang teruk berlaku di negeri ini. Setakat ini terdapat lima wabak berlaku sehingga Jun ini.

"Ia berlaku di Besut dan Marang masing-masing merekodkan dua wabak selain satu wabak berlaku di Hulu Terengganu.

"Wabak itu sudah pun tamat dan ia dapat dikawal dengan baik. Setakat ini tiada kes kematian akibat denggi direkodkan di Terengganu," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Justeru, Dr Kasemani menyatakan pihaknya sentiasa komited selain mengambil tindakan serius melalui aktiviti penguatkuasaan berhubung peningkatan kes demam denggi di Terengganu.

Menurutnya, melalui pemeriksaan penguatkuasaan sehingga tempoh Januari hingga Mei lepas, sebanyak 1,261 kesalahan pembiakan aedes dengan jumlah kompaun yang ditawarkan RM198,500.

"Secara keseluruhan sebanyak 110 premis telah diperiksa dan sebanyak 82 kesalahan telah dikesan dengan nilai kompaun sebanyak RM32,750," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Dr Kasemani menyatakan orang ramai serta semua pihak diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing supaya keberkesanan perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.

Katanya, JKNT ingin memberi nasihat kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi segala peraturan dan undang – undang ditetapkan dalam meningkatkan tahap kesihatan lebih baik serta langkah pencegahan awal daripada pendedahan penyakit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!