Naazron dilantik Ketua Polis Daerah Kajang baharu

Mohd Zaid (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Naazron (kanan) di IPD Kajang pada Rabu.
Mohd Zaid (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Naazron (kanan) di IPD Kajang pada Rabu.
A
A
A

KAJANG - Bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof secara rasminya memulakan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Kajang pada Rabu.

Majlis Serah Terima Tugas, Jawatan Ketua Polis Daerah Kajang, disaksikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Hussein berkata, Naazron, 47, menggantikan Senior Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, yang kini menjawat jawatan Ketua Jabatan Pengurusan, Polis Kontinjen Selangor.

"Pelantikan Ketua Polis Daerah Kajang yang baharu ini pasti akan memberi kelebihan kepada warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang disebabkan pengalaman luas serta sifat kepimpinan yang dimiliki Naazron.

"Beliau sebelum ini, pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Sarawak dan Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Rabu.

Hussein berkata, beliau yakin Naazron dapat terus membawa IPD Kajang ke tahap kejayaan yang lebih membanggakan dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

"Saya juga merakamkan penghargaan kepada Mohd Zaid atas pengorbanannya selama empat tahun sepanjang menerajui Kajang sejak April 2020.

"Diharap beliau dapat meneruskan khidmat cemerlangnya semasa berada di Kontinjen Selangor," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!