PLV: KDN hantar pulang 20,207 warga asing tanpa dokumen

Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa (PLV) tidak akan menggugat keselamatan negara sebaliknya mereka telah melaksanakan hampir 7,975 operasi dan menghantar 20,207 warga asing tanpa dokumen ke negara masing-masing.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, seramai 76,477 warga asing telah ditahan di 224 kawasan 'hot spot' seluruh negara.

“Kita mempunyai jadual serbuan berkala terhadap hotspot yang ramai diduduki oleh warga asing bila serbuan dibuat kita akan periksa dokumen atau tidak dan tengok kalau ada dokumen tetapi tinggal melebihi masa terlebih atau tidak kalau ada pas pekerja salah guna atau tidak. Kita akan semak sebab berkaitan Akta Imigresen.

“Kita bukan sahaja menahan pekerja tetapi juga majikan kerana mereka tidak akan masuk jika tiada majikan yang mengajikan mereka.

“Kalau mereka membawa masuk pekerja asing mengikut undang-undang tidak ada masalah tetapi jika majikan membawa warga asing secara curi-curi (tidak ikut undang-undang) kita akan tahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Saleh(Perikatan Nasional (PN) - Pasir Puteh) berkaitan peningkatan pekerja asing tanpa dokumen yang telah mencecah 6 juta orang tahun 2022 di Dewan Rakyat pada Rabu.

Dalam pada itu, menerusi Program Repatriasi Migran yang dibuat oleh KDN mendapati seramai 79,231 warga asing telah menyerahkan diri dan daripada jumlah itu seramai 68,900 telah dihantar pulang.

Ujarnya, sebelum dihantar pulang mereka perlu membayar kompaun dan usaha tersebut perlu dilakukan secara berterusan.

Artikel Berkaitan:

“Kita kutip kompaun hampir RM40,000 dan empat negara yang paling ramai menyerahkan diri adalah Indonesia, Bangladesh, India dan Pakistan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!