Dua penunggang motosikal maut dalam dua nahas berasingan

Kemalangan di Jalan Sungai Tiram melibatkan seorang lelaki berusia 53 tahun dari arah Tebrau menghala ke Singapura telah telah terlanggar seekor kerbau yang berada di laluan motosikal terbabit. - Foto: FB Razif Are Luck
Kemalangan di Jalan Sungai Tiram melibatkan seorang lelaki berusia 53 tahun dari arah Tebrau menghala ke Singapura telah telah terlanggar seekor kerbau yang berada di laluan motosikal terbabit. - Foto: FB Razif Are Luck
A
A
A

JOHOR BAHRU – Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan di dua lokasi berbeza dalam daerah Seri Alam pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam,mengesahkan menerima dua laporan polis berhubung kedua-dua kemalangan berkenaan.

“Kejadian pertama berlaku di Jalan Pasir Gudang di mana siasatan awal polis mendapati motosikal yang ditunggang seorang lelaki warga tempatan berusia 20 tahun dari arah Permas menghala ke Pasir Gudang hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum digilis sebuah kenderaan yang tidak diketahui.

“Kejadian kedua pula berlaku di Jalan Sungai Tiram di mana siasatan mendapati ia melibatkan seorang lelaki berusia 53 tahun dari arah Tebrau menghala ke Singapura telah terlanggar seekor kerbau yang berada di laluan motosikal terbabit.

“Akibat kemalangan berkenaan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian termasuk kerbau yang dilanggar dalam kejadian kedua,” katanya.

Kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HIS) untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nurul Najwa Abdullah di talian 011-21816044.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: