Dua penjawat awam direman kes rasuah lebih RM700,000

Dua penjawat awam tiba di Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu bagi mendapatkan perintah reman terhadap kes rasuah bernilai lebih RM700,000
Dua penjawat awam tiba di Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu bagi mendapatkan perintah reman terhadap kes rasuah bernilai lebih RM700,000
A
A
A

IPOH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak menahan dua penjawat awam yang disyaki menerima wang rasuah melibatkan kelulusan projek bernilai lebih RM700,000.

Difahamkan, penahanan suspek yang bekerja sebagai jurutera berusia 49 tahun dan pembantu awam berusia 46 tahun itu dilakukan selepas mereka hadir memberi keterangan sekitar jam 7.45 malam di pejabat SPRM Ipoh pada Selasa.

Sejumlah wang tunai RM348,700 dan buku akaun terkini Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) berbaki RM 400,000 telah disita daripada jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Larut Matang dan Selama terbabit.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai lebih RM700,000.
Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai lebih RM700,000.

Kedua-dua lelaki terbabit direman selama tujuh hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan kes.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Atifah Hazimah Wahab selepas menerima permohonan daripada SPRM pada Rabu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Perak, Ahmad Sabri Mohamed mengesahkan penahanan kedua-dua suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: