Penunggang motosikal maut nahas tiga kenderaan

Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa dalam kemalangan di KM 17.5, Jalan Benut - Simpang Renggam pada Selasa.
Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa dalam kemalangan di KM 17.5, Jalan Benut - Simpang Renggam pada Selasa.
A
A
A

KLUANG - Seorang penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di kilometer (KM) 17.5, Jalan Benut - Simpang Renggam di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal jenis Yahama Y16ZR, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan sebuah lori jenis Isuzu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Toyota Hilux yang dipandu seorang warga tempatan berusia 60 tahun dari Jalan Melati menghala ke Simpang Renggam telah keluar simpang untuk masuk ke jalan utama sebelum dilanggar motosikal ditunggang mangsa berusia 20-an.

"Pelanggaran itu menyebabkan motosikal mangsa hilang kawalan dan masuk ke jalan bertentangan serta melanggar sebuah lori yang dipandu lelaki warga tempatan berusia 30-an yang juga datang dari arah Simpang Renggam menghala ke Benut.

"Mangsa merupakan lelaki tempatan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, sementara pemandu Toyota Hilux mengalami kesakitan di bahagian dada dan dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, manakala pemandu lori pula tidak cedera,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!