Guru besar buat tuntutan palsu RM125,000 direman

Suspek (tengah) diiringi pegawai SPRM Sarawak selepas selesai dikenakan tahanan reman di Mahkamah Majistret Bintulu pada Selasa.
Suspek (tengah) diiringi pegawai SPRM Sarawak selepas selesai dikenakan tahanan reman di Mahkamah Majistret Bintulu pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang guru besar dipercayai cuba membuat tuntutan palsu bernilai kira-kira RM125,000 memakan diri apabila ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak.

Sumber berkata, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an telah ditahan jam 9.30 malam pada Isnin di sebuah sekolah di daerah Bintulu.

Menurut sumber, susulan penahanan itu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Bintulu pada Selasa dan dikenakan perintah reman selama enam hari.

"Guru besar itu telah dikenakan reman bermula semalam (Selasa) sehingga 30 Jun ini oleh Majistret Galvin Loo Wei Ling.

"Siasatan awal mendapati suspek bersubahat dengan sebuah syarikat ketika membuat tuntutan palsu berkait pembekalan makanan ke asrama sebuah sekolah di daerah ini yang bernilai kira-kira RM125,000.

"Namun begitu, kuantiti bekalan makanan itu tidak sama dengan jumlah sebenar yang dibekalkan," katanya pada Rabu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sarawak, Hasbilah Mohamad Salleh mengesahkan penahanan guru besar tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!