Argentina tempah tiket suku akhir Copa America

Reaksi Lionel Messi (kanan) dan Lautaro Martinez (dua, kanan) selepas perlawanan menentang Chile. Foto AFP
Reaksi Lionel Messi (kanan) dan Lautaro Martinez (dua, kanan) selepas perlawanan menentang Chile. Foto AFP
A
A
A

JUARA dunia Argentina mempamerkan naluri 'pembunuh' mereka apabila menewaskan Chile 1-0 pada Rabu untuk menempah tempat ke suku akhir Copa America.

Gol kemenangan Lautaro Martinez pada minit ke-88 menggembirakan 82,000 penonton Argentina di Stadium MetLife di New Jersey.

Ia menyaksikan Chile yang juga pemenang Copa America pada 2015 dan 2016 perlu menewaskan Kanada pada Sabtu untuk membuka peluang kekal dalam kejohanan itu.

Argentina memburu kejuaraan utama ketiga berturut-turut selepas kemenangan Copa pada 2021 dan kejayaan Piala Dunia pada tahun berikutnya.

Walaupun mendapat tentangan hebat dari Chile, pasukan Lionel Scaloni tidak pernah hilang kepercayaan kerana mereka menampilkan satu lagi persembahan penuh semangat.

“Ia adalah kemenangan yang wajar.

"Sebenarnya perlawanan ini tidak mudah dan kami menang dalam masa yang paling tidak dijangka.

"Tetapi seperti biasa pasukan terus percaya dan terus menyerang walaupun mereka mula mengendurkan asakan dalam 10 atau 12 minit terakhir," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!