TMK 2024: Pasar Siti Khadijah, Wakaf Che Yeh bakal berwajah baharu

Pasar Siti Khadijah dan Pasar Awam Wakaf Che Yeh di sini bakal berwajah baharu sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2024 selepas masing -masing menerima peruntukan RM1 juta daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Gambar kecil: Hilmi
Pasar Siti Khadijah dan Pasar Awam Wakaf Che Yeh di sini bakal berwajah baharu sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2024 selepas masing -masing menerima peruntukan RM1 juta daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Gambar kecil: Hilmi
A
A
A

KOTA BHARU - Pasar Siti Khadijah dan Pasar Awam Wakaf Che Yeh dekat sini bakal berwajah baharu sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2024 selepas masing -masing menerima peruntukan RM1 juta daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata, langkah itu membolehkan kerja-kerja naik taraf dilakukan sekali gus memberikan imej yang lebih segar kepada pasar berkenaan.

"Pada masa yang sama kerajaan negeri turut memberi kelulusan RM500,000 untuk keceriaan Pasar Siti Khadijah.

"Bagi projek baik pulih untuk Pasar Awam Wakaf Che Yeh, jumlah RM1 juta itu diberikan konsesi pada pemaju," katanya semasa sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.

Menurut beliau, kerajaan negeri merakamkan ucapan terima kasih kepada KPKT di atas peruntukan yang diberikan.

Ujarnya, selain dibaikpulih pihaknya juga meminta para peniaga untuk sama-sama menjaga kebersihan dan keceriaan pasar-pasar terbabit.

Hilmi memberitahu, langkah tersebut penting bagi menarik kehadiran pelancong ke negeri ini terutama sempena TMK 2024.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pasar-pasar yang belum dibaikpulih telah diangkat kepada KPKT serta kerajaan negeri untuk tindakan sewajarnya.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini Pasar Jelawat telah dibina baharu dan telah siap serta akan dirasmikan dalam masa terdekat.

"Bagi Pasar Besar Kuala Krai pula akan dibina baharu juga cuma ia masih lagi di peringkat perancangan sama ada akan dibina di lokasi sama atau dipindahkan ke Bandar Baru Pahi," ujarnya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil itu, bagaimanapun pihaknya akan mendapatkan pandangan serta persetujuan daripada peniaga terlebih dahulu berhubung cadangan tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!