[VIDEO] Soalan berbentuk kesamarataan tidak wajar ditanya - Shahidan

A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebarang soalan berbentuk kesamarataan tidak wajar ditanya, terutamanya di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim membuat teguran itu susulan pertanyaan yang dikemukakan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) sama ada kerajaan bercadang untuk membenarkan bukan Bumiputera menuntut di UiTM dengan meminda Akta UiTM 1976.

“Soalan ini tidak wajar ditanya, sebab ia berkaitan meminda Akta UiTM 1976. Padahal ada akta lain untuk membolehkan kita unjur kepakaran kardiotorasik.

“Kita boleh buat, tak perlu tanya untuk pinda akta yang dibuat khusus untuk memperhalusi Bumiputera hidup bersama dalam bidang keilmuan.

“Jadi minta soalan berkaitan ‘Malaysian Malaysia’, kesamarataan tidak wajar ditanya. Sepatutnya tanya apakah universiti lain dibenarkan untuk melaksanakan program ini,” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim

Dalam pada itu, Shahidan turut memuji Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang menegaskan bahawa pengekalan dasar UiTM untuk kaum Melayu, orang asli dan anak negeri Sabah serta Sarawak masih diperlukan.

Zambry dalam jawapannya turut menyebut tentang penubuhan universiti itu mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Seksyen 1A Akta UiTM 1976 [Akta 173].

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!