Pakaian rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 terus terima kritikan

Baju rasmi atlet Malaysia bagi Sukan Olimpik Paris 2024 diperkenalkan secara rasmi pada satu majlis di ibu negara pada Ahad lalu.
Baju rasmi atlet Malaysia bagi Sukan Olimpik Paris 2024 diperkenalkan secara rasmi pada satu majlis di ibu negara pada Ahad lalu.
A
A
A

PAKAIAN rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 bagi atlet Malaysia terus menerima kritikan teruk daripada peminat negara ini.

Kritikan berterusan diterima sehingga sekarang selepas majlis pelancaran baju rasmi kontinjen Malaysia itu dilakukan pada Ahad lalu.

Ramai pengguna media sosial mempertikaikan mengenai rekaan baju berkolar, baju T dan jaket yang ditampilkan.

Netizen mempersoalkan di mana belang Harimau Malaya pada pakaian berkenaan kerana ia kelihatan tenggelam.

Mereka turut mempersoalkan mengapa Jalur Gemilang pada baju diwarnakan dengan warna kuning atau emas sedangkan bendera Malaysia perlu dihormati dengan mengekalkan warna asal.

Baju tersebut juga dianggap tidak melambangkan identiti Malaysia jika dibandingkan dengan baju-baju bagi edisi Sukan Olimpik sebelum-sebelum ini.

Ekoran itu, ramai antara neziten turut meminta supaya rekaan pada baju rasmi tersebut diteliti semula dan ditukar.

Salah seorang pengguna Facebook, Syam Putra berkata, rekaan yang ditampil agak ketinggalan zaman dan seperti baju Sukan Olimpik pada tahun 1980.

Artikel Berkaitan:

“Rekaan agak sendu. Paling menyedihkan tak nampak langsung bendera Malaysia. Kenapa tak guna warna asal bendera Malaysia? Malu ke apa? Dah macam logo jenama biasa-biasa saja,” komen Mya Husin pula.

Pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik XXXIII di Paris 2024 iru dilancarkan sempena sambutan Hari Olimpik 2024 yang diadakan di The Exchange, TRX.

Antara yang hadir adalah Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!