Hospital Pantai Klang lancar Makmal Kateterisasi baharu

Rachel (kiri) mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Malaysia,Jean Francois NAA (kanan) dan tetamu kehormat melihat Makmal Kateterisasi yang dilengkapi sistem pengimejan terkini.
Rachel (kiri) mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Malaysia,Jean Francois NAA (kanan) dan tetamu kehormat melihat Makmal Kateterisasi yang dilengkapi sistem pengimejan terkini.
A
A
A

KLANG – Bagi memberikan kemudahan terbaik kepada pelanggannya, Hospital Pantai Klang kini mempunyai Makmal Kateterisasi (Catch Lab) baharu yang dilengkapi sistem pengimejan jantung dengan detektor 50.8 sentimeter yang canggih.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rachel Yew berkata, sistem berkenaan mampu memberi kualiti pengimejan terbaik bagi pengesanan awal dalam menangani isu penyakit jantung.

Menurutnya, melalui sistem pengimejan berkenaan juga, pesakit dapat didiagnosis dengan tepat bagi membolehkan mereka mendapat rawatan berkesan terhadap penyakit kardiovaskular.

Tuck Chee (kiri) dan Rachel menandatangani plak perasmian Makmal Kateterisasi Hospital Pantai Klang di sini pada Rabu.
Tuck Chee (kiri) dan Rachel menandatangani plak perasmian Makmal Kateterisasi Hospital Pantai Klang di sini pada Rabu.

“Selain itu, ia juga memudahkan prosedur invasif minimum seperti angioplasti dan pemasangan stent yang mampu merawat serangan jantung serta arteri tersumbat,” katanya pada Pelancaran Makmal Kateterisis dekat sini pada Rabu.

Majlis pelancaran makmal berkenaan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Tony Leong Tuck Chee.

Rachel berkata, makmal berkenaan beroperasi selama 24 jam sehari dikendalikan pasukan perubatan profesional diketuai Dr Suhaimi Osman.

Artikel Berkaitan:

Tuck Chee (empat dari kiri) bersama tetamu kehormat yang hadir pada Pelancaran Makmal Kateterisasi di sini pada Rabu.
Tuck Chee (empat dari kiri) bersama tetamu kehormat yang hadir pada Pelancaran Makmal Kateterisasi di sini pada Rabu.

“Teknologi ini dapat memberikan harapan baharu buat pesakit dan memberi keupayaan kepada hospital ini memenuhi keperluan penjagaan kesihatan komuniti,” katanya.

Sementara itu, Tuck Chee berkata, sistem pengimejan jantung yang ditawarkan di Hospital Pantai Klang mampu menyelamatkan nyawa pesakit jantung dan vaskular,

“Hospital Pantai Klang mampu menjadi peneraju dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk pesakit di Lembah Klang ini,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!