'Tak letak tanda harga sebab pelanggan banyak warga asing'

Pegawai KPDN Kuala Lumpur melaksanakan Ops Ali Baba di ibu negara, pada Isnin.
Pegawai KPDN Kuala Lumpur melaksanakan Ops Ali Baba di ibu negara, pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kedai runcit warga asing dekat sini dikenakan tindakan gara-gara sengaja tidak meletakkan tanda harga dengan alasan majoriti pelanggan adalah dalam kalangan warga mereka.

Tindakan itu dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur menerusi Ops Ali Baba pada Isnin.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDN Kuala Lumpur, Nurul Syarina Md Anuar berkata, operasi bermula jam 1.20 petang itu memfokuskan premis perniagaan warga asing seperti kedai runcit, kedai kain, restoran dan kedai borong.

Menurutnya, lima tindakan kompaun telah dikenakan terhadap peniaga iaitu empat kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 manakala satu lagi kes mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972.

"Jumlah nilai kompaun bagi kelima-lima yang dikeluarkan ke atas semua kedai runcit itu berjumlah RM2,600," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Selain itu, beliau berkata, satu kes turut direkodkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 membabitkan sitaan 17 botol minyak masak kerana premis tidak mempunyai lesen atau permit menyimpan serta menjual barang kawalan.

Mengulas lanjut, Nurul Syarina berkata, kesemua premis ini didapati menjual barangan dari Myanmar dan Bangladesh.

Dalam pada itu, beliau berkata, KPDN Kuala Lumpur telah memberi amaran ke atas premis terbabit agar sentiasa mengemaskini penandaan harga agar dipamerkan dengan lebih jelas.

Artikel Berkaitan:

"Berdasarkan semakan lesen pihak berkuasa tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), premis dimiliki oleh warga tempatan tetapi terdapat juga pekerja yang menguruskan terdiri daripada warga asing.

"Kita dapati pemilik warga tempatan tidak menekankan isu penandaan harga kepada pekerja warga asing dan ada juga beranggapan kawasan berkenaan majoriti pelanggan dari Myanmar dan Bangladesh dan jika mereka ingin mengetahui harga, mereka perlu bertanya kepada peniaga di premis tersebut.

"Terdapat peniaga yang tidak mempunyai lesen barang kawalan dan memberikan alasan tidak mengetahui mengenai keperluan lesen bagi menyimpan dan menjual barang kawalan di premisnya," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

'Tak letak tanda harga sebab pelanggan banyak warga asing' #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #KedaiRuncit #TandaHarga #WargaEmas #Pelanggan #Oprasi #KPDN #OpsAliBaba

News - AShamaluevMusic