792 pelajar Orang Asli terima bantuan Yayasan Bank Rakyat

Dari kiri: Pengerusi Persatuan Orang Asli Perak, Datuk Suki Mee; Philip; Bob Manolan dan Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani bergambar ketika majlis penyerahan bantuan persekolahan di SK Pos Raya, Simpang Pulai, Perak.

A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan sebanyak RM25,000 bagi membantu 792 pelajar dalam kalangan keluarga masyarakat Orang Asli bagi meneruskan sesi persekolahan 2024.

Bantuan kewangan itu merupakan insentif tambahan dalam usaha membantu penerima menyediakan peralatan sekolah yang diperlukan sepanjang sesi pembelajaran.

Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, walaupun jumlah bantuan diberikan tidaklah besar namun diharap dapat membantu ibu bapa dalam menyediakan keperluan sekolah yang perlu diganti.

Philip (tengah) bergambar bersama penerima ketika majlis penyerahan bantuan persekolah di SK Pos Raya, Simpang Pulai, Perak.
Philip (tengah) bergambar bersama penerima ketika majlis penyerahan bantuan persekolah di SK Pos Raya, Simpang Pulai, Perak.

"Semoga usaha ini dapat memberi sinar kegembiraan buat murid-murid dalam menuntut ilmu serta tanda tulus ikhlas YBR menyantuni mereka yang berada di luar kawasan bandar," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut merasmikan Majlis Bantuan Persekolahan Yayasan Bank Rakyat yang diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Raya Simpang Pulai, Ipoh.

Dalam masa sama, Presiden Pembangunan Orang Asli Malaysia (MOADA), Bob Manolan Mohamad amat berterima kasih di atas sokongan berterusan YBR dalam membantu masyarakat Orang Asli khususnya di sekitar Perak.

Majlis penyerahan bantuan persekolah di SK Pos Raya, Simpang Pulai, Perak.
Majlis penyerahan bantuan persekolah di SK Pos Raya, Simpang Pulai, Perak.

Artikel Berkaitan:

"Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin murid-murid Orang Asli merasa seronok untuk ke sekolah serta mendapat pendidikan sama rata sama seperti mereka yang lain," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!