Pendengaran injunksi penyandang ADUN Nenggiri esok

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian
A
A
A

KOTA BHARU - Pendengaran kes injunksi penyandang kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim bagi menghalang Pilihan Paya Kecil (PRK) daripada diadakan di kawasan berkenaan akan berlangsung pada Khamis.

Mohd Azizi berkata, proses tersebut akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang.

"Tujuan saya berbuat demikian untuk memohon perintah injunksi supaya kekosongan kerusi DUN Nenggiri dihentikan.

"Pada masa sama, saya mahu SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) tidak mengambil sebarang langkah lanjut berhubung surat yang dikeluarkan Speaker DUN Kelantan sementara menunggu mahkamah membuat keputusan," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan bermula Rabu.

Mohd Amar pada sidang akhbar memberitahu keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan daripada Mohd Azizi pada 13 Jun dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 12 Jun lalu.

Pada PRN lalu, Mohd Azizi yang bertanding menggunakan logo Pas menang dengan majoriti 810 undi menewaskan Abd Aziz Yusoff dari BN.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: