Persatuan Muballighat Negeri Selangor pilih al-Quran Karya Bestari fahami peranan Muslimah

KANDUNGAN yang disajikan di dalam Al-Quran Al-Karim Wanita terbitan Karya Bestari bakal dikupas secara komprehensif dalam program Daurah Fiqh Muslimah Dalam Al-Quran sebanyak lima siri sehingga bulan Oktober ini.
KANDUNGAN yang disajikan di dalam Al-Quran Al-Karim Wanita terbitan Karya Bestari bakal dikupas secara komprehensif dalam program Daurah Fiqh Muslimah Dalam Al-Quran sebanyak lima siri sehingga bulan Oktober ini.
A
A
A

AL-QURAN Al-Karim Muslimah terbitan Karya Bestari Sdn Bhd (Karya Bestari) dipilih Persatuan Muballighat Negeri Selangor untuk menjadi rujukan bagi menjelaskan peranan muslimah dalam kalam ALLAH.

Isi kandungan di dalam al-Quran itu diperincikan lebih komprehensif menerusi program Daurah Fiqh Muslimah Dalam Al-Quran anjuran persatuan itu menerusi lima siri secara berkala setiap bulan bermula Jun hingga Oktober ini.

Pengerusi Persatuan Muballighat Negeri Selangor, Ustazah Masirah Maslan menjelaskan, keunikan dan kelainan pada al-Quran itu yang mengkhususkan kepada kaum Hawa antara sebab mengapa pihaknya memilih untuk mengetengahkan kandungan di dalamnya.

USTAZAH MASIRAH
USTAZAH MASIRAH

“Ayat al-Quran memang semuanya sama, begitu juga dengan terjemahannya.

“Namun huraian yang terkandung di dalam Al-Quran Al-Karim Muslimah itu yang menjadikannya ia berbeza dengan yang lain kerana ia khusus untuk kaum Hawa, membahaskan tentang hukum, tokoh wanita dan lain-lain,” katanya ketika ditemui dalam program Daurah Fiqh Muslimah Dalam Al-Quran Siri 1 berlangsung di Surah Raudhah Al-Muttaqin di Shah Alam, Selangor pada Rabu.

Acara itu menampilkan Editor Kanan Al-Quran, Karya Bestari, Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil selaku panel penyampai yang dihadiri hampir 100 peserta.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ustazah Masirah menjelaskan, program itu selari dengan objektif persatuan iaitu ke arah membina, membentuk dan memperkukuh sahsiah muslimah solehah, di samping berperanan sebagai khalifah ALLAH di muka bumi.

“Antara inti pati penting dalam daurah hari ini, ALLAH SWT memberi pengiktirafan kepada kaum Hawa yang sentiasa berjihad di jalan-NYA.

“Apabila ALLAH memberikan satu penghormatan kepada wanita, sewajarnya mereka mencontohi apa sahaja pengorbanan dilakukan secara reda dan syukur serta sentiasa bersama dengan-NYA,” katanya.

USTAZAH MASIRAH (kiri) ketika menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Mohamad Amiro Safwan dalam program Daurah Fiqh Muslimah Dalam Al-Quran Siri 1 di Shah Alam pada Rabu.
USTAZAH MASIRAH (kiri) ketika menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Mohamad Amiro Safwan dalam program Daurah Fiqh Muslimah Dalam Al-Quran Siri 1 di Shah Alam pada Rabu.

Persatuan Muballighat Negeri Selangor yang diasaskan sejak tahun 1992 dan didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dua tahun lalu kini mempunyai hampir 200 ahli berdaftar.

Ia memfokuskan kepada aktiviti tadabbur, tazakkur (mengambil peringatan), al-Quran dan muballighat (menyebarkan agama).