PDRM siap siaga kekang keganasan, ekstremis

Saifuddin
Saifuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga sepanjang masa bagi mengekang elemen keganasan dan ekstremis di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pasukan keselamatan di dalam ruang keupayaannya mampu membuktikan elemen (keganasan) untuk ditangani.

"Saya cuma sebut bahawa elemen Daesh masih ada, hakikatnya bahawa polis berjaya mematahkan, mengenal pasti kemudian menangkap.

"Ini menunjukkan pihak berkuasa iaitu polis bersiap siaga sepanjang masa," katanya dalam sidang akhbar, di sini, pada Rabu.

Sebelum itu, Saifuddin merasmikan sambutan peringatan Hari Antidadah dan Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan 2024.

Turut hadir, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan Khairul Anwar Bachok

Pada Selasa, media melaporkan kumpulan militan mensasarkan pasukan keselamatan seperti PDRM sebagai sasaran utama serangan atas dasar ideologi yang ditanam pengganas itu.

Saifuddin dilaporkan berkata, kumpulan itu berdiri teguh dengan ideologi yang ekstrem demi menuntut pemerintahan di bawah seorang khalifah.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, adalah wajar kumpulan itu ditentang kerana akan mengancam ketenteraman awam dan kemungkinan menyasarkan orang kenamaan.

"Wajar difokuskan adalah ideologinya, dalam kefahaman mudah ia kepercayaan menganggap bahawa di dalam pemerintahan kerajaan itu jika tidak tertegak pemerintahan khalifah mewajarkan mereka membuat penentangan.

"Dalam siri penentangan, mereka itu meletakkan polis sebagai sasaran nombor satu untuk mengalahkan kerajaan yang tidak memegang prinsip khalifah. Maka urutan itu dimulai dengan pihak polis dan itu ideologinya," jelasnya

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!