Anwar selar dakwaan jadi anak angkat AS

Anwar berucap pada Majlis Apresiasi Tahun 2024 Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Foto Bernama
Anwar berucap pada Majlis Apresiasi Tahun 2024 Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tomahan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin terhadapnya berhubung dakwaan anak angkat Amerika Syarikat (AS).

Jelas Anwar, beliau tidak sama sekali akan melakukan perkara seperti didakwa Mohd Zamri dalam ceramah politik sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

"Di Sungai Bakap, saya dipanggil anak angkat Amerika, Kementerian Kewangan pinjam dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan saya ikut nasihat Yahudi.

"Itu dari ustaz, pakai kopiah dan jubah, tapi fitnah terang-terangan.

"Fakta di sebaliknya, mana mungkin saudara, saya lakukan itu semua," katanya dalam ucapan Majlis Aspresasi 2024 Jabatan Perdana Menteri, di sini pada Rabu.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Ahad lalu, Mohd Zamri dilapor mendakwa Anwar sewaktu menjawat Menteri Kewangan meminjam dana daripada IMF selain menggelarkan Ahli Parlimen Tambun itu sebagai anak angkat AS.

Ujar Anwar, penjawat awam harus mengambil tahu mengenai isu semasa agar tidak terikut dengan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuklah isu saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB).

Artikel Berkaitan:

"Rakan-rakan penjawat awam harus ikut. Jadi saya memilih untuk menjelaskan kerana jika saya lakukan sebegitu, penjawat awam hendak pertahankan Perdana Menteri yang bagaimana? Alat Amerika?" katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!