'Motosikal paling banyak kena saman'

Antara penunggang motosikal yang diperiksa menerusi Ops Bersepadu JPJ Selangor bersama JSPT di Plaza Tol Sungai Ramal, Kajang pada Selasa.
Antara penunggang motosikal yang diperiksa menerusi Ops Bersepadu JPJ Selangor bersama JSPT di Plaza Tol Sungai Ramal, Kajang pada Selasa.
A
A
A

KAJANG - Motosikal paling banyak dikenakan tindakan saman ketika Ops Bersepadu di Plaza Tol Sungai Ramal dekat sini pada Selasa.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) itu bertindak mengeluarkan 93 saman atas pelbagai kesalahan.

"Tiada lesen memandu kompeten (CDL) paling banyak direkodkan iaitu 20 kes, kenderaan tiada cukai jalan (13 kes), isu teknikal (12 kes), tiada perlindungan insurans (12 kes) dan selebihnya lain-lain kesalahan.

"Sebanyak 57 kenderaan dikenakan tindakan saman iaitu motosikal (47 buah), lori (8 buah) dan dua kereta," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Pasukan operasi yang terlibat dalam Ops Bersepadu JPJ Selangor bersama JPST di Plaza Tol Sungai Ramal, Kajang pada Selasa.
Pasukan operasi yang terlibat dalam Ops Bersepadu JPJ Selangor bersama JPST di Plaza Tol Sungai Ramal, Kajang pada Selasa.

Beliau berkata, JPJ Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua jenis kenderaan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

Dalam kes berasingan, JPJ Selangor melaksanakan rondaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2, Sepang pada Selasa dengan memfokuskan sekitar balai ketibaan, kawasan parkir kereta dan ruang legar terminal bagi mengelakkan kegiatan 'ulat' atau kereta sewa haram.

Katanya, pihak Gateway KLIA2 juga telah menyediakan kaunter untuk JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di hadapan pintu keluar.

Artikel Berkaitan:

"Ini kerana kegiatan 'ulat' sangat aktif di kawasan tersebut.

"Berikutan dengan kehadiran anggota JPJ dapat mengurangkan kegiatan ulat di lokasi terbabit," ujarnya.

Tambah Azrin, sebarang aduan kesalahan lalu lintas, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi MyJPJ e-aduan beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!