Shahril Mokhtar letak jawatan dalam FAM

Shahril Mokhtar
Shahril Mokhtar
A
A
A

[DIKEMAS KINI] AHLI Jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Shahril Mokhtar telah meletakkan jawatan daripada badan induk bola sepak itu serta-merta.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC berkata, surat peletakan jawatan itu telah dihantar kepada FAM tengah hari Rabu.

Tanpa mendedahkan alasan secara jelas, Shahril berkata, situasi kemelut bola sepak ketika ini menjadi punca beliau meletakkan jawatan.

"Ya, saya sudah letak jawatan serta merta tengah hari tadi dan telah hantar surat kepada FAM. Peletakan jawatan itu adalah hak saya kerana saya dipilih dan bukan dilantik.

"Tidak adalah alasan apa pun(menyebabkan letak jawatan) tetapi kemelut bola sepak sekarang ini membuatkan saya mahu bertenang dan fokus untuk Selangor FC dan FAS," katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Peletakan jawatan Shahril itu berkemungkinan kerana hukuman melampau yang dikenakan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kepada pasukan Gergasi Merah selepas tidak hadir perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor bulan lepas.

Dalam kenyataan pada Selasa, MFL mengenakan empat bentuk hukuman iaitu iaitu didenda RM100,000, pemotongan tiga mata dalam saingan Liga Super 2024/2025, perlu membayar pampasan kerugian ditanggung JDT selaku pasukan tuan rumah perlawanan pembukaan musim itu dan MFL dengan jumlahnya akan dimaklumkan kemudian.

Selain itu, perlawanan Liga Super minggu ke-14 antara Selangor dan JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), akan dimainkan tanpa penonton.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!