Dewan Rakyat lulus RUU bubar MAVCOM

Anthony ketika sesi penggulungan RUU Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Rabu. Foto Bernama
Anthony ketika sesi penggulungan RUU Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Rabu. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan pembubaran Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) yang ditubuhkan lapan tahun lepas.

Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 itu diluluskan menerusi undian suara selepas dibacakan buat kali ketiga oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Terdahulu, persidangan melaksanakan undian belah bahagian terhadap RUU itu di peringkat jawatankuasa dan ia diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan, seramai 93 ahli Dewan Rakyat bersetuju manakala 63 tidak bersetuju dan 66 tidak hadir.

Usul undi belah bahagian dikemukakan Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) dan disokong lebih 15 Ahli Parlimen, selepas Anthony Loke selesai menggulung RUU itu bagi bacaan kali kedua. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: