MB junjung titah Sultan Selangor, solidariti kumpul dana bayar denda MFL

AMIRUDDIN
AMIRUDDIN
A
A
A

SHAH ALAM - Titah murka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) turut menggambarkan kekecewaan peminat bola sepak kepada pengurusan itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, denda RM100,000 serta hukuman lain dikenakan MFL terhadap Selangor FC dianggap tidak bertimbang rasa serta melampaui batas.

Menurutnya, keganasan jenayah yang berlaku terhadap Faisal Halim merupakan satu titik hitam dalam sejarah bola sepak tanah air.

"Mewakili Kerajaan Selangor, patik menjunjung kasih titah baginda yang murka atas keputusan dibuat oleh MFL.

"MFL sewajarnya memainkan peranan mengangkat keadilan, menentang keganasan serta bersifat empati terhadap nasib dan keselamatan pemain bola sepak negara yang diperlakukan dengan kejam oleh pihak tidak berhati perut yang bertindak sebagai pengecut, " katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Pada Rabu, Sultan Selangor amat murka dengan hukuman dikenakan MFL berhubung ketidakhadiran Selangor FC ke Perlawanan Piala Sumbangsih pada 10 Mei lalu.

Baginda turut menzahirkan rasa kecewa terhadap ahli-ahli Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) khususnya Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin yang dikatakan langsung tidak serius bersuara berhubung isu tersebut.

Susulan itu, kerajaan negeri bersetuju melancarkan usaha bersama dan memberi peluang kepada semua pihak termasuk peminat Merah Kuning untuk mengumpul dana bagi membayar denda yang dikenakan.

Artikel Berkaitan:

"Maklumat lanjut usaha ini akan dikongsikan dalam masa terdekat oleh Majlis Sukan Negeri Selangor dan Exco Sukan Negeri.

"Bagi menggerakkan usaha solidariti ini, saya dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri turut menyumbang kepada usaha mengumpul dana dan membayar denda pada minggu hadapan sebagai komitmen untuk menegakkan keadilan bagi Selangor FC," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

MB junjung titah Sultan Selangor, solidariti kumpul dana bayar denda MFL #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Edisi #Selangor #MB #AmirudinShari #Sultan #Sukan #BolaSepak #MFL #Dana #Denda #SelangorFC

News - AShamaluevMusic