India didakwa eksport roket, peluru ke Israel

Keadaan terkini bangunan kediaman di Rafah yang musnah dibedil tentera Israel sejak rejim Zionis menceroboh bandar selatan Gaza pada Mei lalu. Foto AFP
Keadaan terkini bangunan kediaman di Rafah yang musnah dibedil tentera Israel sejak rejim Zionis menceroboh bandar selatan Gaza pada Mei lalu. Foto AFP
A
A
A

NEW DELHI - India didakwa mengeksport roket dan bahan letupan ke Israel ketika konflik Hamas sedang kemuncak sehingga membawa jumlah kematian meningkat penduduk Gaza terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Pendedahan dibuat Al-Jazeera menerusi dokumen penerimaan senjata dari kapal Borkom dari India ketika New Delhi cuba menjalinkan hubungan diplomatik 'lebih erat' dengan Israel.

Menurut dokumen yang dilihat Al-Jazeera, kapal yang mengandungi bahan letupan yang dimuatkan dari India sedang dalam perjalanan ke pelabuhan Ashdod, Israel.

Tapak pengesanan marin menunjukkan ia berlepas dari Chennai di tenggara India pada 2 April dan mengelilingi Afrika bagi mengelak laluan melalui Laut Merah yang dikawal ketat kumpulan Houthi bersedia menyerang mana-mana kapal memberi bantuan ke Israel.

Difahamkan, kod pengenalan dinyatakan dalam dokumen yang diperoleh secara tidak rasmi oleh Rangkaian Solidariti Menentang Pendudukan Palestin (RESCOP), telah mengesan Borkum mengandungi 20 tan enjin roket, 12.5 tan roket dengan cas letupan, 1,500 kilogram (kg) bahan letupan dan 740kg cas dan bahan perejang untuk meriam.

Satu perenggan dokumen mengenai kerahsiaan menyatakan semua pekerja, perunding atau pihak berkaitan diberi tugas 'dalam keadaan apa-apa pun' mereka supaya tidak mendedahkan IMI System, sebuah syarikat pengeluar senjata terbesar di Israel.

Sementara itu, pengurus komersial kapal itu dari syarikat Jerman MLB Manfred Lauterjung Befrachtung memberitahu Al Jazeera dalam satu kenyataan bahawa kapal itu tidak memuatkan sebarang senjata atau apa-apa kargo lain untuk ke destinasi Israel'. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: