Usaha rakyatkan isu alam sekitar perlu dilaksana pelbagai pihak - Nik Nazmi

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berucap pada Majlis Penutupan International Conference on Green Sustainable Development (IGREENDEV24) di Anjung Sri Budiman UiTM Shah Alam pada Rabu. Foto Bernama
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berucap pada Majlis Penutupan International Conference on Green Sustainable Development (IGREENDEV24) di Anjung Sri Budiman UiTM Shah Alam pada Rabu. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Ruang perbincangan mengenai isu alam sekitar haruslah dilaksanakan pelbagai pihak tanpa mengira fahaman, kepakaran dan agama sebagai usaha untuk merakyatkan isu berkenaan khususnya kepada masyarakat awam.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penyelesaian isu alam sekitar tidak hanya boleh ditangani oleh satu pihak sahaja kerana ia memerlukan kesedaran kesalinghubungan manusia dan alam sekitar.

Susulan itu, beliau berkata pendekatan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang membawa perbincangan kepentingan menjaga alam sekitar dalam bentuk pandangan agama Islam adalah sesuatu yang harus diikuti oleh pihak lain.

"Bagi saya, pendekatan yang dibawa oleh UiTM dan pihak rakan kongsi korporat sangat relevan apabila kita membawa perbincangan ini dalam bentuk sudut pandang agama,” katanya semasa berucap pada penutupan Persidangan Antarabangsa Islamik tentang Pembangunan Hijau Mampan di sini, hari ini.

UiTM menerusi Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dengan kerjasama Nextgreen Global Sdn Bhd menganjurkan persidangan yang dihadiri 500 peserta, mengangkat tema mengintegrasikan nilai dan inovasi global bagi mengharmonikan matlamat pembangunan mampan (SDG) di samping pelancaran Islamic Sustainable Development Goals (i-SDG) Center.

Pelancaran i-SDG Center itu juga sebagai langkah memperkasakan peranan Islam sebagai pemangkin kepada merealisasikan hasrat dan matlamat murni SDG dengan banyak peluang penyelidikan dan kajian ilmiah dapat dijalankan bagi mendukung nilai itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!