Skuad renang tambah kilauan emas dari AUG 2024

Jinq En
Jinq En
A
A
A

KONTIJEN negara terus menjana kilauan pingat emas lagi di Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya-Malang 2024 pada Rabu.

Pingat emas kedua negara dijelmakan Tan Khai Xin, dari kolam renang Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI), Surabaya menerusi acara 400 meter (m) gaya bebas lelaki.

Penuntut IMU University itu merangkul pingat emas dengan catatan.4:05.18 saat (s), diikuti seorang lagi perenang negara dari UCSI University, Low Zheng Yong (perak) 4:06.21s

Seorang lagi perenang negara, Phee Jinq En dari Taylors University menambah emas ketiga negara apabila mengungguli acara kuak dada wanita 50m dengan catatan 32.03s.

Sementara itu, hasrat Bryan Leong Xin Ren menambah koleksi pungutan emas negara tidak kesampaian apabila sekadar meraih gangsa acara 50m kuak dada lelaki dengan masa 29.43s

Dua lagi gangsa disumbangkan Hii Puong Wei dalam acara 200m kuak dada lelaki dengan catatan masa 2:07s dan skuad acara 4x100 gaya bebas wanitai (9:05.34s) - Chu Xin Ying, Jerriel Lau, Shi Qi dan Georgene We Jee Ern.

Artikel Berkaitan: