eTesting titik noktah ‘lesen terbang’, ‘pakej gerenti lulus’

Kementerian Pengangkutan memberi ingatan kepada institut memandu bahawa permit pengoperasian mereka akan dibatalkan jika terlibat dalam gejala rasuah pengujian memandu termasuk sindiket 'lesen terbang'. Gambar hiasan
Kementerian Pengangkutan memberi ingatan kepada institut memandu bahawa permit pengoperasian mereka akan dibatalkan jika terlibat dalam gejala rasuah pengujian memandu termasuk sindiket 'lesen terbang'. Gambar hiasan
A
A
A

KEMENTERIAN Pengangkutan pada Ahad memberi ingatan kepada institut memandu bahawa permit pengoperasian mereka akan dibatalkan jika terlibat dalam gejala rasuah pengujian memandu termasuk sindiket 'lesen terbang'.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook memberitahu, masih terdapat pihak yang menawarkan ‘lesen terbang’ kepada orang ramai yang mahu mendapatkan lesen memandu tanpa menduduki sebarang ujian.

‘Lesen terbang’ serta ‘pakej gerenti lulus’ bukanlah perkara baharu, ia telah wujud sejak puluhan tahun lalu dan nampaknya masih berleluasa sehingga ke hari ini dengan pendedahan Anthony Loke itu.

Telah banyak kes dibongkar dan mereka yang terlibat ditahan. Pada Februari tahun lalu, dua pembantu penguat kuasa kanan sebuah agensi kerajaan ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes ‘pakej gerenti lulus’.

Mereka masing-masing dipercayai menerima wang tunai berjumlah RM1,750 dan RM750 sebagai rasuah memastikan calon lulus ketika ujian memandu.

Kedua-dua pembantu penguat kuasa itu ditahan susulan penahanan terhadap seorang wanita yang merupakan pekerja sambilan dan pengajar lelaki sebuah institut memandu.

Walaupun telah sering diberi amaran dan pihak terlibat ditahan ditahan pihak berkuasa, kegiatan ini nampaknya masih gagal dibanteras sepenuhnya.

Sehubungan itu, langkah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memperkenalkan Sistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik (eTesting) tentunya dapat meningkatkan integriti proses pengujian.

Artikel Berkaitan:

Melalui sistem ini yang akan diguna pakai di semua institut memandu sepenuhnya menjelang 2030, hanya calon seorang sahaja akan berada di dalam kenderaan semasa pengujian tanpa penguji iaitu pegawai JPJ yang duduk di sebelah.

Prestasi setiap calon ujian memandu dilakukan menerusi eTesting akan diukur dengan menggunakan alat sensor dan kamera yang mana keputusannya akan dijana secara masa nyata.

Ia tentunya meletakkan titik noktah kepada gejala ‘lesen terbang’ serta pakej gerenti lulus’ kerana tiadanya interaksi antara calon dan penguji ketika ujian dilakukan selain proses audit lebih mudah dilakukan.

Besar harapan rakyat agar pelaksanaan ujian secara eTesting ini mampu meletakkan titik noktah kepada perbuatan rasuah melibatkan ‘lesen terbang’ serta ‘pakej gerenti lulus’.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!