Tak guna kutip zakat berjuta tapi lambat nak luluskan bantuan

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

RAKAN Merak Jalanan yang anaknya menghidap kanser paru-paru baru-baru ini meluahkan perasan bagaimana sukarnya beliau untuk memohon bantuan dengan pusat zakat sebuah negeri.

Menurut beliau, anaknya yang berusia 18 tahun dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak tahun lalu dan telah menjalani pelbagai rawatan termasuk proses kemoterapi untuk membunuh sel kanser.

Bukan sikit duit perlu dikeluarkan oleh rakan Merak Jalanan itu sepanjang anaknya menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Walaupun tidak semahal menerima rawatan di hospital kerajaan, tetapi masih ada ada bayaran tentu yang perlu dijelaskan sendiri termasuk caj imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) yang mencecah ratusan ringgit.

Itu belum diambil kira kos petrol berulang-alik ke hospital serta kos lampin pakai buang yang digunakan anaknya.

Bagi mengurangkan sedikit beban kewangan yang ditanggung, rakan Merak Jalanan memohon bantuan sebuah pusat zakat. Sebagai permulaan, beliau diminta mengisi borang bantuan selain doktor perlu mengisi maklumat penyakit dan kos rawatan di borang itu.

Sudahlah sukar untuk mendapatkan doktor mengisi maklumat terbabit, dah dapat pusat zakat kata perlu surat daripada doktor pula. Sudah dapat surat daripada doktor, diminta surat yang mempunyai kepala surat pula.

Namun yang lebih mengecewakan rakan Merak Jalanan, beliau diberitahu proses kelulusan bantuan zakat mengambil tempoh sehingga enam bulan.

Artikel Berkaitan:

Apa yang Merak Jalanan baca di akhbar, kebanyakan pusat zakat negeri kutip beratus juta ringgit setahun. Takkan nak lulus bantuan ratusan ringgit pun susah sangat sehingga perlu ambil masa terlalu lama?

Merak Jalanan cadangkan semua semua pusat zakat mengkaji semula tempoh kelulusan sedia ada agar bantuan dapat disalurkan secepat mungkin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!