Aney ‘fight one by one’ kini jadi pempengaruh media sosial

Lelaki yang mendapat jolokan Aney 'fight one by one’ mula mempromosikan menu makanan di restoran sekitar Bentong, Pahang.
Lelaki yang mendapat jolokan Aney 'fight one by one’ mula mempromosikan menu makanan di restoran sekitar Bentong, Pahang.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki berbangsa India yang sebelum ini viral kerana video tularnya bergaduh dengan seorang pemilik kedai runcit awal Jun lalu, kini aktif mempromosikan restoran dan kedai makan di sekitar Bentong, Pahang.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun TikTok @thiran1040, lelaki tersebut yang mendapat jolokan Aney 'fight one by one’ dikatakan sudah menjadi pempengaruh media sosial apabila dia kini menerima undangan untuk mempromosikan menu makanan yang disajikan di restoran.

Terbaharu menerusi video dengan 124,200 tontonan yang dimuat naik di akaun itu pada Rabu, lelaki berkenaan juga didapati sudah mula mempromosikan produk makanan usahawan tempatan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan maklum balas yang positif terhadap kerjaya baharu lelaki itu selepas pernah dikecam teruk kerana terlibat dalam pergaduhan sebelum ini.

Salah seorang pengikut akaun TikTok berkenaan, Alefff Naufal memuji lelaki itu kerana mahu berubah menjadi orang yang baik.

“Lepas ini aney boleh dah jadi selebriti,” katanya.

Seorang lagi pengikut yang dikenali sebagai Ali pula berharap agar lelaki itu terus sukses dengan kehidupan barunya menjadi pempengaruh media sosial.

“Saya harap aney dapat mengubah tanggapan negatif yang diterima dan menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat,” katanya

Artikel Berkaitan:

Bagi Mohd Hamid pula mengakui setiap yang berlaku mempunyai hikmah.

“Terbaikla pak cik, yang lalu biarkan berlalu, mungkin yang lalu boleh mengubah masa depan, semoga berjaya,” katanya.

Terdahulu, video pergaduhan lelaki itu dengan seorang pemilik kedai runcit menjadi perhatian ramai di media sosial sehingga beberapa parodi berkenaan kejadian tersebut dimuat naik di TikTok.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!