Permulaan meyakinkan kontinjen Malaysia di AUG 2024

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud bersama pegawai kontinjen AUG 2024 meraikan kejayaan Farah Izzati merangkul emas pertama negara. Foto Sukan IPT
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud bersama pegawai kontinjen AUG 2024 meraikan kejayaan Farah Izzati merangkul emas pertama negara. Foto Sukan IPT
A
A
A

[DIKEMAS KINI] KONTINJEN negara menyingkap hari pertama pemburuan 35 pingat emas di Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya-Malang 2024 dengan langkah kanan apabila merangkul tiga pingat emas.

Emas pertama hadir dari gelanggang judo menerusi sentuhan atlet judo kelahiran Perak, Nur Farah Izzati Wallah dalam acara Bawah 52 kilogram (kg) wanita.

Farah Izzati
Farah Izzati

Penuntut berusia 23 tahun itu membutirkan emas pertama selepas penyertaan pencabar tuan rumah yang juga atlet ke Sukan Olimpik Paris 2024, Maryam March Maharani dibatalkan setelah melanggar peraturan pada dalam perlawanan akhir.

Sementara itu, hasrat atlet judo Muhammad Fareez Mohameid untuk memenangi pingat perak tidak kesampaian apabila dikecewakan atlet tuan rumah Tommy Darmawan dalam acara Bawah 60kg lelaki.

Dua lagi emas kontinjen negara disumbangkan dari kolam renang Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI).

Perenang wanita sensasi negara, Phee Jinq En mengungguli acara 50 meter (m) kuak dada wanita dengan catatan masa 32.03 saat (s).

Emas pula adalah hasil sentuhan Tan Khai Xin yang mengungguli final acara 400m gaya bebas lelaki selepas mencatat 4:05.18s menewaskan rakan senegara Low Zheng Yong (4:06.21s).

Artikel Berkaitan:

Pingat emas dituai perenang wanita negara Phee Jinq En dalam acara 50 meter (m) kuak dada wanita dengan catatan masa 32.03 saat (s), meninggalkan perenang Thailand (32.33s) dan Indonesia (32.95) masing-masing meraih pingat perak dan gangsa.

Tiga pingat gangsa lagi turut disumbangkan menerusi Bryan Leong Xin Ren dalam acara 50m kuak dada lelaki (29.43s), Hii Puong Wei bagi acara 200m kuak dada lelaki (2:07s) dan daripada skuad 4x100 gaya bebas wanita (9:05.34s) - Chu Xin Ying, Jerriel Lau, Shi Qi dan Georgene We Jee Ern.

AUG SURABAYA MALANG 2024

HARI PERTAMA

Pungutan Pingat Harian

3 emas | 2 perak | 3 gangsa

PINGAT EMAS

NUR FARAH IZZATI WALLAH

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Judo (Kategori Bawah 52kg wanita)

TAN KHAI XIN

IMU University

Akuatik Renang (400 meter gaya bebas lelaki)

PHEE JINQ EN

Taylor’s University

Akuatik Renang (50 meter kuak dada wanita)

PINGAT PERAK

MUHAMMAD FAREEZ MOHAMEID

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Judo (Kategori Bawah 60kg lelaki)

LOW ZHENG YONG

UCSI University

Akuatik Renang (400 meter gaya bebas lelaki)

PINGAT GANGSA

BRYAN LEONG XIN REN

King’s College London

Akuatik Renang (50 meter kuak dada lelaki)

HII PUONG WEI

Asia Pasific University (APU)

Akuatik Renang (200 meter kuak dada lelaki)

CHU XIN YING, JERRIEL LAU, WONG SHI QI, GEORGENE WEE JEE ERN

Akuatik Renang (4x100 berganti-ganti gaya bebas wanita)

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!