MSNS lancar Tabung Solidariti Bersama Selangor FC

No Image Caption
A
A
A

KERAJAAN negeri Selangor menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) melancarkan Tabung Solidariti Bersama Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) sehingga 2 Julai depan.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi memaklumkan, inisiatif itu susulan keputusan tidak adil dan bersifat penindasan oleh Malaysian Football League (MFL) kepada Selangor FC.

Mohd Najwan Halimi
Mohd Najwan Halimi

Ujarnya, bola sepak yang selama ini dijulang sebagai sukan yang menyatukan rakyat kini dicemar dengan elemen keganasan dan ketaksuban kenegerian melampau hingga menjurus kepada perpecahan dalam kalangan masyarakat.

"Kerajaan negeri menjunjung kasih titah Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) yang mencerminkan ketegasan dan kepekaan baginda terhadap pelbagai isu dan ketidakadilan yang sedang dihadapi oleh Selangor FC.

"Justeru, inisiatif ini bertujuan memberikan ruang kepada semua rakyat Malaysia dan peminat sukan bola sepak merentasi batas kenegerian menzahirkan dukungan kepada Selangor FC dengan sumbangan kecil RM1 kepada Tabung Solidariti Bersama Selangor FC," ujarnya dalam kenyataan malam Rabu.

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.

Mohd Najwan berkata, hasil dari sumbangan ini kemudiannya akan diserahkan kepada Selangor FC bagi membantu mereka memperjuangkan keadilan sehingga ke peringkat tertinggi terhadap hukuman melampau yang dijatuhkan oleh MFL.

Artikel Berkaitan:

"Kepada yang berhasrat untuk menyumbang, anda boleh mengimbas kod QR berikut sebagai tanda solidariti anda: Tabung Sukan MSNS.

"Semoga dengan inisiatif ini dapat menggerakkan penyertaan semua pihak yang berkongsi citra dan aspirasi untuk mengembalikan semula sukan bola sepak sebagai sukan yang memupuk keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat," ujarnya.