Lelaki maut jatuh dari tingkat 23 ketika curi kabel

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KAJANG - Seorang lelaki maut jatuh bangunan ketika cuba melarikan diri, manakala rakannya ditahan semasa mencuri kabel di sebuah apartmen di Kajang Utama, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian diterima pihaknya selepas menerima panggilan daripada orang awam pada jam 8.20 pagi.

Menurutnya, seorang suspek berjaya ditahan pengawal keselamatan apartmen terbabit dan seorang lagi maut di tempat kejadian dipercayai telah terjatuh dari tingkat 23 bangunan ketika cuba bersembunyi dan melarikan diri.

"Suspek dipercayai melompat ke aras lain melalui balkoni, namun tergelincir dan terjatuh ke tingkat empat bangunan.

"Suspek disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Kajang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, salah seorang suspek berumur 31 tahun ditangkap dengan rampasan enam gulung wayar tembaga serta beberapa peralatan memotong wayar kabel.

Katanya, suspek yang ditahan ini mempunyai lapan rekod jenayah lampau serta hasil saringan ujian air kencing juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.

"Suspek berusia 29 tahun yang maut juga dikesan mempunyai 10 rekod jenayah lampau.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Suresh Krishnan di talian 017-4333795 bagi membantu siasatan," ujarnya.

Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 431A KK Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!