Nak buat tatu tapi kena liwat

Gambar hiasan Gambar kecil: Shahrulnizam Jaafar@Ismail
Gambar hiasan Gambar kecil: Shahrulnizam Jaafar@Ismail
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki dipercayai menjadi mangsa liwat oleh pembuat tatu setelah dia tidak sedarkan diri apabila disapu minyak oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, dalam kejadian jam 9.30 malam pada Selasa, mangsa berusia 24 tahun itu masuk ke sebuah premis bagi membuat tatu bunga di tangan.

Menurutnya, mangsa mendakwa tidak sedarkan diri selepas suspek mula melukis bunga di tangan kanannya.

"Setelah suspek menyapu minyak, ia dipercayai menyebabkan mangsa tidak sedar dengan apa yang terjadi pada dirinya.

"Selepas mangsa tersedar, dia mendapati dirinya berada dalam keadaan tidak berpakaian," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya terus keluar dari premis dan berasa sakit di bahagian dubur, seterusnya mengesyaki lelaki itu meliwatnya.

"Pemuda itu kemudiannya tampil membuat laporan polis, sebelum menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," katanya.

Ditanya berhubung tindakan lanjut pihak polis, beliau berkata, belum ada sebarang tangkapan dilakukan sehingga ini.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan," ujar beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!